Thursday, March 5, 2015

WTI CRUDE DAN BRENT CRUDE ADALAH NAMA TEMPAT CRUDE BLENDING


Kesan daripada kejatuhan harga minyak mentah dunia seperti tertera dibawah ini, Brent and WTI crude oil price masih diparas rendah iaitu USD 50~60 per Barrel. Aku selaku salah seorang yang bertuah untuk berkhidmat disalah sebuah anak syarikat Pengeluar Minyak Mentah Malaysia juga terkesan dengan kejatuhan harga minyak global. Nak travel susah dan nak claim pun susah (banyak berkira). Itulah, bak kata mantan CEO syarikat, dulu kita terlalu leka dengan dengan harga minyak yang tinggi. Apa nak buat, benda dah jadi. Mujur aku tidak disingkirkan dari syarikat sebab haritu ada ura-ura yang mengatakan bahawa akan ada pembuangan pekerja. Alhamdullilah hingga ke harini aku masih disini dan masih berkhidmat untuk negara.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku buat banyak kira-kira. Tambahan pula nak kenduri kahwin. Pelbagai artikel aku baca hal berkenaan kewangan.Januari adalah bulan dimana kita akan update buku ASB kita. Aku sendiri buat loan ASB dan aku boleh cakap bahawa sementara ini ASB adalah salah satu cabang sumber kewangan tambahan yang positif dan terjamin. Ada kemungkinan BLR akan meningkat kerana keadaan ekonomi semasa negara dan ini akan menjejaskan nilai bayaran bulanan pinjaman bagi sesiapa yang mengikuti ASB Loan. Untuk post yang akan datang aku akan ceritakan lebih detail apa itu ASB Loan dan kongsi cara bagaimana untuk mendapatkan maksimum dividen. Kita ada ASB dan kita ada Tabung Haji juga. Dividen yang diumumkan awal tahun 2015 untuk 2014 yang lalu lebih kurang sama dengan ASB. Tambahan pula, Tabung Haji adalah satu institusi kewangan yang kukuh, bukan sahaja untuk saving tapi untuk ibadah haji kita juga. Highly recommended to all of you. 

Nilai emas harini juga nampak penyusutan, serendah rm148 segram untuk emas berspesifikasi 999.99. Satu pelaburan jangka masa panjang yang boleh diceburi untuk semua. Aku pun ada la juga beli beberapa gram sebagai simpanan dan harini aku masih konsisten dengan 1 gram 1 bulan since aku pun bukanlah mampu untuk beli 10gram atau selebihnya setiap bulan. Mana yang mampu sahaja. Begitulah sedikit sebanyak untuk perkongsian kalini. Entri yang akan datang akan lebih padat dengan pengajaran dan infomasi untuk kalian.






No comments:

Post a Comment