Friday, May 15, 2015

APA ITU KWSP?


Hangpa semua tau tak apa itu KWSP? Sesiapa yang bekerja makan gaji mesti tau sebab korang wajib untuk buat akaun dan dibayar melalui KWSP ni. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ni sangat unik. Ia adalah sebuah akaun dimana gaji bulanan korang akan dipotong sedikit bergantung kepada peratusan yang telah di-setkan oleh majikan korang, ada yang potong 11% daripada gaji bulanan korang masuk ke dalam KWSP dan ada yang sebaliknya. Didalam KWSP ni ada 2 akaun; akaun 1 dan akaun 2. Nak dijadikan cerita juga, dalam akaun KWSP korang, bukan ada duit potongan gaji je sebab ada juga sejumlah wang yang diberikan oleh majikan berdasarkan peratusan yang lebih kurang sama dengan peratusan pemotongan gaji korang. Contoh macam gambar kat bawah; Syer Majikan (imbuhan dari majikan) + Syer pekerja (potongan daripada gaji bulanan) = Jumlah besar. Akaun 1 sama dengan 2/3 daripada jumlah besar, maka Akaun 2 adalah 1/3 daripada jumlah total tadi.

Thursday, May 14, 2015

ASIA'S GOT TALENT WINNER EL GAMMA PENUMBRA

Ni korang tahu tak pasal Asia's Got Talent? Aku nak bagitau yang El Gamma Penumbra menang untuk Asia's Got Talent yang pertama. Dengar daripada Anggun, one of the juri untuk program ni, dia kata tahun depan akan ada lagi. So apa tunggu lagi. Mana yang rasa berbakat dan bakat korang tu satu dalam sejuta, silalah tonjolkan kepada dunia apa yang korang boleh buat.


Tuesday, May 12, 2015

BAGAIMANA ORANG HARINI LEBIH KREATIF MENG-KOMEN

La ni aku nampak kehidupan aku di atas muka bumi ini kurang menarik. Aku pergi kerja muka murung, nampak sedih, tak rasa lesu tapi rasa macam dah tak semangat nak kerja sebab masalah dengan manusia lain. Oleh sebab itu aku suka balik rumah, sebab di rumah internet aku unlimited, aku boleh buka website (apa sahaja), youtube dan main Clash Of Clans (COC). Duk office, aku jarang pegang fon sebab selalu engage dengan orang. So bagaimana aku boleh recover hari-hari aku yang muram ni? Dengan cara buka video youtube yang fun ataupun banggang sebab mostly komen-komen diorang ni kelakar. Aku nak rekomen pada korang, ini boleh dijadikan sebagai terapi kurangkan stress tempat kerja. Perbanyakkanlah tengok dan baca komen orang yang bangang-bangang ni sebab benda tu boleh buat kau ketawa. Contoh macam komen kat bawah ni.

Wednesday, May 6, 2015

FIXED DAN GROWTH MINDSET

Harini aku nak bercerita pasal mindset. Setahu aku, ada dua jenis mindset ni. Fixed dan growth. Tentulah fixed mindset ni negatif sebab dia statik dimana performance mereka pada takat itu sahaja. Kalau dipukul suruh berubah pun diorang tetap dengan pendirian negatif diorang. Untuk growth mindset ni pula bertentangan dengan fixed mindset, mereka ini sangat berdaya saing. Lebih optimistik terhadap kerja dan aktiviti mereka serta yang lebih penting adalah mereka ingin maju lagi kehadapan. Macam aku, bekerja di plant dibawah terik mentari, agak susah untuk bercakap dengan orang yang mempunyai fixed mindset ni. Cakap la berkali-kali pun, buka la juga kitab atau regulation, masih tak dapat nak ubah pendirian orang fixed mindset ni. Tapi apakandaya, aku seorang yang mempunyai growth mindset, aku take it positively. Jika ini cabaran yang perlu aku lalui maka akan aku tabah hadapinya. Pada aku, kita semua sama cuma tahap kita mengharungi dugaan masing-masing itu berbeza. Tiada kejayaan kalau tiada kesusahan dan kepayahan. Buang attitude yang negatif, perkukuhkan nilai positif didalam diri.