Monday, March 30, 2015

DUGAAN KITA 2015 GST 6%


Harini Malaysia gempar, semalam juga, minggu lepas juga dan bulan lepas juga. Gempar sebab GST atau lebih dikenali sebagai Goods and service Tax. Tidak perlu aku cakap lebar berkenaan perkara ini kerana umum mengetahui pasal 6% cukai ni. Pada aku, rakyat masih tidak mengetahui dengan jelas definisi GST ini dan cara lebih tepat perlaksaan inisiatif ini. Apa yan kita faham, harga barang selepas GST dikenalkan akan naik kerana mereka rasa meraka akan dikenakan cukai tambahan yang akan menyebabkan kenaikan harga barang. 

Sunday, March 15, 2015

DOA KELUARGA BAHAGIA


Doa Keluarga Bahagia
Rabbana Hablana Min Azwajina Wazurriyatina qurrata A'yunin Waj alna Lilmuttaqina Imama

Maksudnya:
Wahai Tuhanku kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami, dan zuriat-zuriat kami apa saja yang menyejukkan mata kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa

Saturday, March 14, 2015

BULL'S EYE. WHERE ARE WE?


Dimanakah posisi kita didalam lingkaran tersebut? Semakin kita menghampiri dan selalu ke masjid, semakin itukah pandangan orang luar kepada kita? Adakah ini menjadikan kita dianggap sebagai extremis muslim? Renung-renungkan tuan-tuan.

Friday, March 13, 2015

AKU SOKONG MEATLESS MONDAY

Aku terima pelbagai whatsap mesej harini, daripada hal berkenaan kerja hinggakan ke jenaka pagi. Salah satu mesej yang aku terima adalah berkenaan MEATLESS MONDAY. Bukan nak cakap America ni semua tak betul tapi they have their points untuk inisiatif ini. Kenapa MEATLESS MONDAY? Mereka cakap dalam seminggu, jikalau kita tidak mengambil apa-apa makanan yang berunsurkan daging, kita akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik. Selain itu juga, diorang membuktikan bahawa kita juga mampu mengurangkan pengunaan bahan api dalam menyediakan makanan yang berunsurkan daging ini kerana kebanyakan masakan itu memerlukan minyak dan api. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari ke laman sesawang mereka disini

PETUA BAGI MEREKA YANG INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN

Setiap hari isnin, selasa dan rabu akan ada kuliah zohor dikawasan kerja aku. Banyak benda yang berunsurkan keagamaan dikongsikan oleh ustaz yang mai datang. Almaklumlah, kita ni perlu menuntut ilmu; baik ilmu kerja mahupun daily activities. Apetah lagi, bab agama adalah wajib supaya kita berada dilandasan yang tepat demi mengejar keberkatan dari Allah. Jadi aku juga nak berkongsi sedikit apa yang telah diberikan sebelum ini iaitu tips untuk memulakan perniagaan, ayat apa perlu dibaca? Bak kata ustaz Zul Kemaman baca surah al-Mudatsir ayat 12 seperti dibawah ini sebanyak 313 kali selepas kita melakukan solat hajat dan baca yassin.

Monday, March 9, 2015

Sunday, March 8, 2015

BERKATKAH GAJI KITA?

Assalamualaikum semua, harini aku tergerak untuk share sedikit infomasi berkenaan dengan gaji dan keberkatan. Memang tidak teragak untuk berkongsi akan perkara ini kerana aku nampak satu senario yang kurang enak di organisasi aku sejak dahulu lagi. Ini telah mencabar akal fikiran aku untuk berfikir dengan lebih mendalam akan kesan daripada perbuatan tersebut. Kerja tak cukup 8 jam, datang lambat, rehat lama, balik awal dan sebagainya. Jikalau diikutkan, dari segi saintifik gaji dan kerja tidak boleh dikaitkan dengan keberkatan. Namun, hidup kita sebagai seorang muslim kita perlu tahu bahawa setiap apa yang kita lakukan perlu dilakukan kerana Allah. Seperti yang diberitahu oleh Ustaz Don Daniyal di gambar bawah ni. Aku jumpa artikel ni masa sedang berasap di sebuah tempat berasap atas platform. Sungguh jelas penjelasannya.

Friday, March 6, 2015

SOLAT SUNAT DHUHA AMALAN YANG PERLU KITA LAKUKAN


Entri kalini lebih berunsurkan keagamaan. Berapa ramai diantara kita ingat akan waktu Dhuha? Seperti aku sendiri, bila aku mula bermastautin di Kerteh barulah aku tahu akan waktu dhuha kerana rata-rata pekerja disini mengerjakan solat sunat ni. Bagus betul diorang ni, sentiasa bersyukur akan pemberian nikmat dari Allah. Why not lepas ni, kita semua buat solat sunat dhuha ini, jadikan sebagai amalan dan istiqamah dalam melakukannya. Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Thursday, March 5, 2015

WTI CRUDE DAN BRENT CRUDE ADALAH NAMA TEMPAT CRUDE BLENDING


Kesan daripada kejatuhan harga minyak mentah dunia seperti tertera dibawah ini, Brent and WTI crude oil price masih diparas rendah iaitu USD 50~60 per Barrel. Aku selaku salah seorang yang bertuah untuk berkhidmat disalah sebuah anak syarikat Pengeluar Minyak Mentah Malaysia juga terkesan dengan kejatuhan harga minyak global. Nak travel susah dan nak claim pun susah (banyak berkira). Itulah, bak kata mantan CEO syarikat, dulu kita terlalu leka dengan dengan harga minyak yang tinggi. Apa nak buat, benda dah jadi. Mujur aku tidak disingkirkan dari syarikat sebab haritu ada ura-ura yang mengatakan bahawa akan ada pembuangan pekerja. Alhamdullilah hingga ke harini aku masih disini dan masih berkhidmat untuk negara.