Friday, March 13, 2015

PETUA BAGI MEREKA YANG INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN

Setiap hari isnin, selasa dan rabu akan ada kuliah zohor dikawasan kerja aku. Banyak benda yang berunsurkan keagamaan dikongsikan oleh ustaz yang mai datang. Almaklumlah, kita ni perlu menuntut ilmu; baik ilmu kerja mahupun daily activities. Apetah lagi, bab agama adalah wajib supaya kita berada dilandasan yang tepat demi mengejar keberkatan dari Allah. Jadi aku juga nak berkongsi sedikit apa yang telah diberikan sebelum ini iaitu tips untuk memulakan perniagaan, ayat apa perlu dibaca? Bak kata ustaz Zul Kemaman baca surah al-Mudatsir ayat 12 seperti dibawah ini sebanyak 313 kali selepas kita melakukan solat hajat dan baca yassin.


Sesetengah dari kita juga amalkan ayat seribu dinar, tidak salah. Boleh diamalkan juga yang penting kita berusaha tuan-tuan kerana punca rezeki itu datang dari Allah. Kita kena minta baru Allah kasi dan kita kena berusaha baru kita dapat. Amalkan dalam apa jua aktiviti sekalipun insyaAllah hidup kita akan lebih diberkati.


Kaligrafi Khufi Ayat Seribu Dinar

No comments:

Post a Comment