Harini Malaysia gempar, semalam juga, minggu lepas juga dan bulan lepas juga. Gempar sebab GST atau lebih dikenali sebagai Goods and service Tax. Tidak perlu aku cakap lebar berkenaan perkara ini kerana umum mengetahui pasal 6% cukai ni. Pada aku, rakyat masih tidak mengetahui dengan jelas definisi GST ini dan cara lebih tepat perlaksaan inisiatif ini. Apa yan kita faham, harga barang selepas GST dikenalkan akan naik kerana mereka rasa meraka akan dikenakan cukai tambahan yang akan menyebabkan kenaikan harga barang.
Harini juga aku seperti orang lain, pergi beli barang sakan. Barang yang aku beli secara asasnya adalah barang yang bakal dinaikkan harga selepas 1 April nanti iaitu barang elektrik. Juga cuba-cuba untuk ke gedung membeli belah dan hypermarket untuk membeli barang keperluan asas harian yang lain. Rata-rata dari pengamatan aku, harga barang masih seperti sebelum ini akan tetapi stok barang semakin sedikit. Bila ditanya kepada mereka yang menjaga kawasan barang dan juruwang, barang akan mula re-stock selepas 1 April.
Inisiatif ini juga turut mempengaruhi pengurusan TNB. Seperti tadi, aku ke TNB untuk proses pertukaran nama pemilik. Petugas TNB menyatakan pada aku bahawa proses pertukaran nama tidak dapat dilakukan harini kerana proses penaiktarafan sistem TNB. Proses akan kembali kembali kepada normal selepas 1 April 2015. Begitu besar impak 6% ini kepada kita semua. Jadi, are we ready? Aku sendiri belum ready, akan tetapi kita terpaksa hadapinya sebab kita adalah pengguna. Apa yang boleh kita buat adalah dengan cara berusaha dengan lebih kuat untuk menempuhi dugaan besar di tahun 2015 ini. All the best semua!
No comments:
Post a Comment