Monday, October 26, 2015

PENURUNAN HARGA HARTANAH. REALISTIK-KAH?


Kalini aku terdetik untuk post berkenaan hartanah. Satu isu yang sering kali kedengaran daripada bibir setiap rakyat marhaen Malaysia. "Aku nak beli rumah itu ini tapi aku tak cukup duit".
Begitulah hakikat hidup harini, bukan mudah untuk beli rumah dan bukan mudah juga untuk menjual rumah tersebut. Baru-baru ini sedang aku asyik menscroll timeline FB aku sendiri, aku ter-tonton satu video berkenaan hartanah ini, penerangan diberikan oleh seorang insan yang berpangkat Profesor.

"Harga hartanah akan menurun jikalau semua orang boikot penjualan rumah oleh pemaju" menurut kata beliau. Lalu aku ajukan ayat ini didalam Fb aku sendiri untuk melihat feedback daripada rakyat biasa berkenaan kenyataan beliau. Aku sertakan snap-shot kenyataan yang telah aku lontarkan didalam FB semalam.




Rata-rata yang memberi maklum balas tidak bersetuju dengan kenyataan professor tersebut, adakah kerana kita harini lebih bijak daripada profesor itu atau profesor itu kurang bijak daripada kita. Apa-apa sekalipun, kita perlu tahu bahawa hartanah merupakan satu pelaburan yang tidak sama macam bursa saham ataupun unit amanah Public Mutual. Yang pasti harga hartanah tidak akan jatuh.

Dipost yang akan datang, aku akan share lebih lanjut sedikit bacaan dan dari pengalaman aku sendiri tatkala aku ingin membeli rumah pertama tanpa mengeluarkan sesen pun duit simpanan aku.

No comments:

Post a Comment