Monday, October 19, 2015

PERBEZAAN UNIT AMANAH DAN BURSA SAHAM

Apa khabar? Setelah sekian lama menyepi, kali ini aku datang semula dengan cerita baru yang panas baru keluar daripada oven rumah agam Dato' Nazree Alehan. Pernah dengar akan Unit Amanah atau nama lainnya Unit Trust. Untuk post kalini aku nak share berkenaan Unit Amanah dan Bursa Saham.

Apa yang bakal aku kongsikan disini adalah sedikit sebanyak daripada hasil pengalaman turun naik belajar daripada kesilapan dan kejayaan yang diperoleh. Beberapa perkara yang perlu kita tahu berkenaan melabur didalam kedua-dua cabang pelaburan ini.

1. Unit Amanah dan Bursa Saham Malaysia (KLCI) adalah dua entiti pelaburan yang berbeza. Namun, turun naiknya harga setiap unit amanah adalah berdasarkan turun naik KLCI. Sebagai contoh baru-baru ini isu yang melanda negara kita yang melibatkan orang nombor 1 negara telah membuatkan pelabur luar mengurangkan aktiviti jual beli saham, maka index KLCI telah turun serendah 1500 mata ( yang terburuk didalam sejarah ekonomi Malaysia). Pada masa ini, harga unit amanah turun terkesan dan menunjukkan penurunan harga yang sangat rendah.


2. Bagaimana kita sebagai pelabur boleh menjana keuntungan? Tidak seperti pelaburan emas, contoh hari ini kita beli 1 gram emas dengan harga RM 145.00, tidak semestinya kita boleh jual semula emas itu pada harga yang sama kita beli. Kita perlu ikut pada harga jualan emas semasa, boleh jadi lebih rendah daripada RM 145.00 atau lebih. Analisa saya sendiri berkenaan dengan emas ini, ia adalah satu pelaburan jangka masa yang sangat panjang. Maksudnya, kita tidak akan dapat keuntungan melebihi 3% dalam masa setahun, perlu tunggu sehingga anak sudah masuk sekolah menengah baru boleh nampak hasil emas itu sendiri.

3. Strategi pelaburan yang perlu semua pelabur tahu adalah, kita perlu beli pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi. Sentiasa mengambil peluang yang terbuka untuk mula melabur jikalau harga semakin rendah setiap hari kerana kita akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan mudah dan pantas kurang daripada 3 bulan untuk melihat hasil lebih daripada dividen yang diberikan oleh KWSP, ASB and Tabung Haji. Contoh dibawah adalah contoh jikalau anda membeli unit amanah pada tarikh 24th Ogos 2015 dan harini peratusan keuntungan diperolehi adalah 11.72%. Sama juga kepada saham di bursa malaysia, pasti ada yang telah menjana keuntungan.


4.  Didalam Bursa Saham, anda sebagai pelabur hanya boleh fokuskan pelaburan anda pada satu syarikat sahaja. Oleh itu, jikalau syarikat itu mengalami masalah dan 100% jumlah yang anda laburkan pasti akan terkesan dengan kejatuhan harga pasaran unit tersebut. Untuk unit amanah, didalam satu fund itu terdiri daripada lebih daripada 5 syarikat yang tersenarai didalam bursa malaysia. Jikalau salah satu syarikat mengalami kejatuhan harga dan yang lain tidak maka secara keseluruhannya pelaburan anda masih dalam keadaan positif. Ini seumpama anda ada 10 biji telur didalam bakul, jatuh bakul itu kesemua telur akan pecah. Lebih bagus jikalau ada 10 bakul dan setiap bakul ada sebiji telur, jatuh sebakul masih ada lagi 9 bakul yang lain dan telur itu selamat.

5. Harga seunit unit Amanah lebih murah berbanding Bursa Saham. Harga seunit Unit Amanah lebih murah daripada RM 1.0345 hingga RM 0.2400 manakala harga seunit di Bursa Malaysia boleh jadi serendah RM 450 hinggalah ke RM 64,000.00. Ini jelas menunjukkan bahawa Unit Amanah adalah satu pelaburan yang lebih selamat dan murah berbanding pelaburan didalam Bursa Malaysia.

Jikalau anda semua tertanya-tanya bagaimana caranya untuk melabur didalam Unit Amanah, saya sarankan anda mencari Agen Pelaburan Unit Amanah Public Mutual yang terdekat seperti saya. Boleh hubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai pelaburan ini 0176919720.

No comments:

Post a Comment