Tuesday, April 28, 2015

PELUANG PELABURAN ASB

Bila kita cakap pasal pelaburan, pelaburan jenis apa yang korang nak? yang mudah? Masuk duit dan goyang kaki? Ada, memang ada pelaburan yang jenis begitu. Ada juga pelaburan yang memerlukan korang cari orang lain dan introduce kawan korang kepada pelaburan tersebut. Modal korang? air liur dan korang akan dapat komisyen hasil daripada penyertaan kawan korang tu. Seperti aku, setelah banyak tahun duk perhati senario pelaburan main-main ni, aku rasa pelaburan yang menjanjikan keuntungan 50% adalah tipu belaka. Boleh nak join, tapi pastikan korang bersedia untuk terima setelah 3-4 bulan tiada pulangan modal kerana di tipu sang pengelola program pelaburan tersebut.

Entri kali ini aku nak share pasal pelaburan yang hampir 50% rakyat dinegara ini join iaitu ASB (Amanah Saham Bumiputera). Seperti aku, aku mula join ASB (buka akaun) pada tahun 2010. Time tu aku sengkek, masih belajar dan takda duit sangat. Simpanan aku bulanan dalam RM50.00 je. Dapat la RM50 x 12 bulan = RM600 setahun dan kemudian masuk dalam ASB. Tahun 2011, aku start buat bisnes sebab tak puas tengok RM600 dalam akaun ASB. So, time tu memang terdetik nak cari duit lebih. So macam-macam jenis bisnes aku buat, jual nasi lemak, topup, rokok (jual secara batang lebih menguntungkan) dan MLM. Aku boleh cakap, keuntungan bersih aku dapat hasil daripada bisnes tu dalam Rm3000 setahun. Perniagaan kecil-kecilan yang aku buat tidak bertahan lama sebab aku dah mula bekerja makan gaji. Gaji simpanan bulan-bulan pun aku simpan dalam ASB.

Monday, April 27, 2015

CARA DAFTAR AKAUN SIMPANAN PUBLIC BANK

Harini anta mahu share sedikit pengalaman anta pada hari ini. Selama 30 minit, aku sudah ada sebuah akaun bank Public Bank. Mudah? Depends pada individu masing-masing. Pada aku masa 30 minit itu memadai untuk buka akaun. Hanya perlu tanda tangan lebih kurang 25 kali.


Proses nak buka akaun Public Bank agak cerewet pada mulanya. Satu disadvantage kepada mereka yang tidak bermastatutin di branch tersebut. Contoh macam aku, IC aku tunjuk duduk/alamat di Johor tapi buka akaun di branch Dungun. So diorang reject dan diorang nakkan surat pengakuan dari majikan yang mengatakan bahawa aku bekerja di Terengganu. So aku bawa surat daripada majikan, kasi assignment letter je dah cukup. Kemudian dia minta IC dan thumb print. Jangan lupa untuk standby RM250 untuk deposit permulaan akaun simpanan dimana anda boleh bawa keluar semula selepas selesai proses pembukaan akaun.

Sunday, April 26, 2015

THE AVENGERS: AGE OF ULTRON BEST!!!

Hampir berhabuk blog aku, selepas 10 hari baru nak update. Aku masih bernyawa alhamdullilah syukur lepas hidup beristeri ini, keadaan menjadi lebih tenang dan tidak perlu gusar. Selesai sudah salah satu tanggungjawab kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Lupakan isu Alvin Tan dan mereka yang tersontot dek status Alvin Tan tempoh hari.

Aku nak cerita yang aku dua hari lepas pergi tengok The Avengers. Punya lah susah nak dapatkan tiket wayang, last-last dapat couple seat sabtu tengah hari haritu. Excited sungguh nak tengok ironman dan superhero yang lain, sanggup keluar duit RM37 untuk tiket sahaja.

Movie Poster The Avengers

Friday, April 17, 2015

LET'S FOLLOW OUR PROPHET'S SUNNAH

Yo bro, lets follow our Prophet's sunnah


  1. Be silent if you dont like the food
  2. Show kindness to animals
  3. Clean your bed before going to sleep
  4. Avoid wasting water
  5. Forgive the person who causes you grief
  6. Sleep on your right side with ablution
  7. Meet your brothers with smile
  8. Show mercy to youngsters
  9. Give gifts

Wednesday, April 15, 2015

AKAUN 1 KWSP UNTUK DAFTAR HAJI


Alhamdullilah, sekali lagi aku masih berpeluang untuk menulis di blog aku sendiri. Setelah pelbagai kisah di siang hari, jelas menunjukkan kesibukan kerja hampir memakan diri dan keluarga. Senario seperti ini sering kali buatkan aku berfikir akan apa sebenarnya motif kita hidup. Apa sebenarnya yang kita kejarkan waktu di atas dunia ini? Kereta besar? Rumah besar? Duit banyak sampai belanja banyak mana pun tidak pernah luak dan habis? Bila dah dapat semua tu, apa pula kisah seterusnya? Melancong? Derma? Kita pun tak tahu masa depan kita bagaimana, apa yang mampu kita buat sekarang dan saat ini adalah dengan cara berusaha untuk mecari sesuap nasi. Disini aku nak share apa yang boleh kita buat dengan duit KWSP kita.

Saturday, April 11, 2015

FAST AND FURIOUS 7 2015: RIP PAUL WALKER

movie poster Fast and Furious 7

Hari ini Sabtu, aku mengambil keputusan untuk menonton filem FAST & FURIOUS 7 di Mesra Mall, Kerteh selepas seminggu duk tunggu masa yang sesuai dan availability tiket wayang. Filem ini memang gempak sampai penuh panggung wayang Mesra Mall Kerteh ini.

Monday, April 6, 2015

10 TABIAT RAKYAT MARHAEN KINI 2015


Aku tertarik dengan petikan akhbar kalini, kadang kala kita tak mampu mengelakkan diri daripada tabiat dan perilaku seperti didalam gambar. Antara 10 tabiat buruk orang kita:

  1. Bertindak kasar dan memandu secara merbahaya tanpa memberi signal tatkala memotong kereta lain. Tambahan pula, hon meng-hon kenderaan lain.
  2. Tidak mematuhi papan tanda. Kalau papan tanda tulis dilarang makan dan minum, degil pergi makan dan minum juga. Hisap rokok? Kat mana-mana pun kau bantai.
  3. Jenis ambil parking orang sedangkan sudah jelas dan nyata sudah ada orang yang sedang menunggu untuk ruang parkir tersebut.

Thursday, April 2, 2015

ALLAH FIRST THEN COMES OTHERS


A friendly reminder to all muslims out there. Bukan senang nak jaga adap dan hubungan kita sesama manusia ini. Seorang sahabat di tempat kerja aku selalu sebut. Jikalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah terjamin hubungan kita dengan manusia yang lain. Mereka diluar sana, jagalah hubungan kita dengan Allah dengan mengikuti segala suruhannya dan menjauhi perkara yang mungkar. Mudah-mudahan hidup kita akan lebih diberkati dan dipermudahkan segala urusan dan rezeki insyaAllah.