Wednesday, April 15, 2015

AKAUN 1 KWSP UNTUK DAFTAR HAJI


Alhamdullilah, sekali lagi aku masih berpeluang untuk menulis di blog aku sendiri. Setelah pelbagai kisah di siang hari, jelas menunjukkan kesibukan kerja hampir memakan diri dan keluarga. Senario seperti ini sering kali buatkan aku berfikir akan apa sebenarnya motif kita hidup. Apa sebenarnya yang kita kejarkan waktu di atas dunia ini? Kereta besar? Rumah besar? Duit banyak sampai belanja banyak mana pun tidak pernah luak dan habis? Bila dah dapat semua tu, apa pula kisah seterusnya? Melancong? Derma? Kita pun tak tahu masa depan kita bagaimana, apa yang mampu kita buat sekarang dan saat ini adalah dengan cara berusaha untuk mecari sesuap nasi. Disini aku nak share apa yang boleh kita buat dengan duit KWSP kita.


Aku pun tak berapa mahir juga tapi terdetik dalam hati aku untuk buat research pasal daftar haji melalui KWSP ni. Alhamdullilah aku dan isteri sudah daftar haji. Dijangkakan pergi tahun 2062. Korang apa tunggu lagi? Jom la, segerakan rukun islam yang kelima ni. Yang penting pasang niat dahulu, lambat atau cepat tu kemudian cerita.

Cara nak daftar Haji mudah sahaja:
  1. Sebelum ke Tabung Haji, sila pergi ke pejabat KWSP untuk cetak penyata slip terkini anda untuk dibawakan ke Tabung Haji. Pastikan didalam akaun 1 tuan-tuan dan puan-puan ada sekurang-kurangnya RM 1300.00 kerana itu adalah jumpa caruman untuk daftar Haji melalui KWSP.
  2. Sampai di Tabung Haji, terus pergi ke kaunter pertanyaan dan minta borang untuk daftar Haji dan borang pembukaan akaun bank Tabung Haji kepada mereka yang tidak ada akaun Tabung Haji.
  3. Selesai borang diisi, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil
  4. Jumpa pegawai bertugas selepas nombor dipanggil dan nyatakan hasrat tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk daftar Haji. Selepas 5 minit, proses pendaftaran haji selesai.
Bagi mereka yang tidak mempunyai KWSP, anda boleh juga daftar haji di Tabung Haji. Bagaimana? Bawa cash money RM 1300.00 dan bayar ke pegawai bertugas untuk urusan daftar Haji. Untuk mereka yang masih terfikir untuk melakukannya nasihat saya adalah segerakanlah perkara sebegini kerana kita tidak tahu masa depan kita macam mana. Sekurang-kurannya kita sudah pasang niat untuk ke Tanah Suci Mekah. Sekadar berkongsi infomasi yang berguna kepada anda semua. 


No comments:

Post a Comment