Assalamualaikum semua, harini aku tergerak untuk share sedikit infomasi berkenaan dengan gaji dan keberkatan. Memang tidak teragak untuk berkongsi akan perkara ini kerana aku nampak satu senario yang kurang enak di organisasi aku sejak dahulu lagi. Ini telah mencabar akal fikiran aku untuk berfikir dengan lebih mendalam akan kesan daripada perbuatan tersebut. Kerja tak cukup 8 jam, datang lambat, rehat lama, balik awal dan sebagainya. Jikalau diikutkan, dari segi saintifik gaji dan kerja tidak boleh dikaitkan dengan keberkatan. Namun, hidup kita sebagai seorang muslim kita perlu tahu bahawa setiap apa yang kita lakukan perlu dilakukan kerana Allah. Seperti yang diberitahu oleh Ustaz Don Daniyal di gambar bawah ni. Aku jumpa artikel ni masa sedang berasap di sebuah tempat berasap atas platform. Sungguh jelas penjelasannya.
Apa lagi, buangkan perangai suka mengular time waktu kerja dan berbual kosong. Banyakkan sumbangan kepada syarikat dan berusaha untuk majukan diri sendiri. Sebenarnya banyak kesan daripada ketidak-berkatan rezeki itu, anak degil, malas dan mungkin keluarga bergolak. Siapa tahu~. Aku ada duk search dalam google juga pasal macam mana nak dapatkan lebih rezeki iaitu melalui doa kepada ibubapa. Perbanyakkanlah doa kepada ibubapa tuan-tuan, depa lah yang duk besarkan kita. Sesusah mana nak cari duit untuk kita makan pun depa pulun cari dan usahakan supaya kita tidak kebulur. Jangan jadi macam tanggang, kaki kipas dan kaki wayang.
Aku nak share sikit hasil bacaan aku daripada blog ini. Bagus mereka ni, suka berkongsi.
Ok persoalannya sekarang macam mana nak tahu rezeki kita tu diberkati ataupun tidak. Kadang2 mungkin kita rasa rezeki kita tu diberkati sebab kita rasa semakin senang dan ada kalanya pulak kita rasa macam tak ada keberkatan sebab kita makin susah. Pertama sekali kita kena tahu ada kala Tuhan uji kita untuk menaikkan martabat atau darjat seperti para2 rasul dan nabi yang telah diuji, dan ada kala Tuhan uji kita sebagai munasabah diri. Dan kadang2 kesenangan yang kita ada sekarang ni juga tak lain tak bukan hanya sebagai ujian untuk melihat samada kita semakin dekat dengan Tuhan atau sebaliknya. Ok yang kedua, ada 7 tanda yang rezeki kita ini benar2 diberkati. Yang 7 itu adalah seperti berikut:
1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang2 tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ni salah satu petanda sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap je habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang2 boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Rasanya tidak perlu mengulas panjang pasal ni sebab it's generally known by the muslims.
3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Lagi2 kalau kita diberi peluang melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
4) Lagi satu positive impact bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan presence kita. Benda ni boleh dilihat bila kita bersama rakan2 atau ahli keluarga yang lain. Tapi kalau hang punya perangai pun tak betul, tak jadi apa juga lah.
5) Seterusnya ialah apabila anak2 cemerlang dalam pelajarannya. Yang ni untuk ibubapa kat rumah lah. Sebab tu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang2 untuk anak2 tu semua effect mental anak2.
6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, tu maknanya rezeki kita ada keberkatan. bila orang dah rajin datang ziarah kita, kadang2 tu ada lah rezeki lain yang datang tanpa diduga.
7) Dan yang terakhir sekali adalah yang paling crucial which is bila doa kita senang termakbul. Sebab nabi pernah cakap doa yang tak dimakbulkan antara doa orang yang makan dari rezeki yang haram.
Maka itulah petanda2 rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata. Kalau kita terasa masa kita sentiasa cukup walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan, rezeki lah tu. Bila bangun pagi dapat menunaikan solat subuh, rezeki lah tu dapat berkomunikasi dengan Allah sebaik terjaga dari tidur. Bila terasa lapar tapi hanya mampu makan biskut je dan terus rasa kenyang, rezeki lah tu. Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah.
No comments:
Post a Comment