Tuesday, April 28, 2015

PELUANG PELABURAN ASB

Bila kita cakap pasal pelaburan, pelaburan jenis apa yang korang nak? yang mudah? Masuk duit dan goyang kaki? Ada, memang ada pelaburan yang jenis begitu. Ada juga pelaburan yang memerlukan korang cari orang lain dan introduce kawan korang kepada pelaburan tersebut. Modal korang? air liur dan korang akan dapat komisyen hasil daripada penyertaan kawan korang tu. Seperti aku, setelah banyak tahun duk perhati senario pelaburan main-main ni, aku rasa pelaburan yang menjanjikan keuntungan 50% adalah tipu belaka. Boleh nak join, tapi pastikan korang bersedia untuk terima setelah 3-4 bulan tiada pulangan modal kerana di tipu sang pengelola program pelaburan tersebut.

Entri kali ini aku nak share pasal pelaburan yang hampir 50% rakyat dinegara ini join iaitu ASB (Amanah Saham Bumiputera). Seperti aku, aku mula join ASB (buka akaun) pada tahun 2010. Time tu aku sengkek, masih belajar dan takda duit sangat. Simpanan aku bulanan dalam RM50.00 je. Dapat la RM50 x 12 bulan = RM600 setahun dan kemudian masuk dalam ASB. Tahun 2011, aku start buat bisnes sebab tak puas tengok RM600 dalam akaun ASB. So, time tu memang terdetik nak cari duit lebih. So macam-macam jenis bisnes aku buat, jual nasi lemak, topup, rokok (jual secara batang lebih menguntungkan) dan MLM. Aku boleh cakap, keuntungan bersih aku dapat hasil daripada bisnes tu dalam Rm3000 setahun. Perniagaan kecil-kecilan yang aku buat tidak bertahan lama sebab aku dah mula bekerja makan gaji. Gaji simpanan bulan-bulan pun aku simpan dalam ASB.

Personally, ASB ini menguntungkan. Korang boleh masukkan dan keluarkan duit sesuka hati tanpa had umur atau bangsa. Yang membezakan ASB dengan akaun simpanan bank lain adalah peratus dividen tahunannya yang lumayan. Sejak dari tahun 2012 hingga ke 2014, peratusan dividen ASB yang diumumkan maintain pada takat 7%. Dimana kalau anda ada RM1000 pada tanggal Januari 2014, anda akan perolehi tambahan RM 70.00 didalam akaun korang pada Januari 2015. Jikalau nak dibandingkan dengan akaun bank biasa seperti Maybank, CIMB dan bank yang lain, nilai peratusan dividen hanyalah 1%. Sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan ASB. So ini adalah salah satu sebab utama kita perlu pilih ASB sebagai tempat simpanan duit kita.

Harini, ASB semakin mendapat tumpuan dan minat lebih ramai pelabur. Lebih-lebih lagi apabila ASB memperkenalkan ASB Loan. Satu mekanisma pelaburan alaf baru kepada pelabur yang ingin melabur dalam jumlah yang besar. Pelaburan ASB Loan ini berbentuk sijil, nak cash-out? boleh, tapi selepas dividen diumumkan dan diagihkan, time tu korang dapat bonus dan boleh bawa keluar duit bonus dividen tersebut. Nak dijadikan cerita macam ni lah, korang pergi ke bank dan apply untuk ASB Loan dan korang berjaya untuk pinjaman RM160,000.00 sebagai contoh, maka bulan-bulan korang perlu bayar dalam plus minus RM980.00 selama 25 tahun. So macam mana kira-kira dividen tu pula? Jikalau mereka umumkan dividen untuk tahun tersebut sebanyak 7.5%, maka korang akan dapat RM 160,000 x 7.5% = RM 12,000.00 iaitu bonus hasil pelaburan ratus ribu tersebut. Yang bayar bulan-bulan tu macam mana pula? Macam ni, bayaran bulanan macam bayar kereta tu didarabkan dengan 12 bulan kalau anda mula membayar ASB Loan tersebut dari bulan Januari hingga Disember. RM980 x 12 = RM 11,760.00 dan ini adalah jumlah yang telah anda keluarkan untuk tahun pertama pembayaran ASB Loan korang. RM 12,000 yang korang dapat hasil makan dividen tu korang boleh cash-out kan. 

Kalau nak tengok keuntungan pelaburan korang, RM12,000 - RM11,760 = RM 240.00. Untuk setahun itulah gambaran jumlah keuntungan korang. So untung tak ASB Loan ni? Pada aku ia menguntungkan sebab cara aku, aku akan rolling balik duit dividen tu cash-outkan dan jadikan sebagai duit untuk bayar bulanan ASB Loan. So tak perlulah aku ambil duit gaji aku bulan-bulan bayar ASB Loan sedangkan aku dah ada cash hasil daripada dividen tahun lepas rolling bayar bulan-bulan je. SAtu lagi sebab mengapa korang perlu ada pelaburan dengan ASB ni. Hatta kalau korang nak park sekepuk duit dalam akaun ASB untuk 5-6 bulan pun boleh, korang siap boleh dapat dividen lagi untuk investment 5-6 bulan tu. Tapi perlu ingat, korang takkan dapat full percent dividen la. Harap entri kalini mampu berikan kesedaran kepada korang betapa pentingnya pelaburan yang terjamin seperti ini.

No comments:

Post a Comment