Saturday, April 11, 2015

FAST AND FURIOUS 7 2015: RIP PAUL WALKER

movie poster Fast and Furious 7

Hari ini Sabtu, aku mengambil keputusan untuk menonton filem FAST & FURIOUS 7 di Mesra Mall, Kerteh selepas seminggu duk tunggu masa yang sesuai dan availability tiket wayang. Filem ini memang gempak sampai penuh panggung wayang Mesra Mall Kerteh ini.
Tidak banyak cerita yang ditayangkan disini tetapi sesi tanyangn untuk filem ini sahaja sudah jadi banyak. Penuh orang Mesra Mall ni semata-mata nak menonton filem lumba kereta ini. Cerita-cerita yang mempunyai sambungan ataupun orang lebih suka sebut sequel ini memang dinantikan oleh semua orang. Bukan hanya Fast & Furious, bahkan Filem siri The Hobbit, Harry Potter juga mendapat tempat di mata semua orang. Paling latest bulan ini adalah The Avengers. Tiket sudah mula dijual, bakal satu lagi filem blockbuster pecah panggung untuk tahun 2015.

Feedback aku mengenai cerita ini, 5 bintang daripada 5 bintang. Padat dengan aksi, tidak boring, dan jalan cerita yang jelas. Aku berpuas hati menonton cerita ini. Aku sebagai seorang penggemar kereta turut akui bahawa filem ini banyak mengetengahkan hal berkenaan kereta dan bagaimana rapatnya jiwa pemandu itu dengan kereta mereka. Salah satu kereta yang paling jarang aku jumpa dalam filem ini adalah LYKAN HYPERSPORT. Dalam cerita itu, kereta ini dimiliki oleh Bilionaire Jordan yang telah menyimpan kereta ini di Penthouse Burj Khalifa. Power kereta ni. Harga yang diberitahu didalam filem 3.6 Juta USD. Ada aksi THE ROCK bergusti, hebat! John Statham sebagai The Devil turut memberi impak yang berkesan terhadap filem ini. Rugi jikalau anda tidak menonton filem ini, masih belum terlambat tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Aku rekomen kepada mereka diluar sana untuk menonton cerita ini. 5 Bintang!


No comments:

Post a Comment