Monday, April 6, 2015

10 TABIAT RAKYAT MARHAEN KINI 2015


Aku tertarik dengan petikan akhbar kalini, kadang kala kita tak mampu mengelakkan diri daripada tabiat dan perilaku seperti didalam gambar. Antara 10 tabiat buruk orang kita:

  1. Bertindak kasar dan memandu secara merbahaya tanpa memberi signal tatkala memotong kereta lain. Tambahan pula, hon meng-hon kenderaan lain.
  2. Tidak mematuhi papan tanda. Kalau papan tanda tulis dilarang makan dan minum, degil pergi makan dan minum juga. Hisap rokok? Kat mana-mana pun kau bantai.
  3. Jenis ambil parking orang sedangkan sudah jelas dan nyata sudah ada orang yang sedang menunggu untuk ruang parkir tersebut.
  4. Berat bontot untuk mereka yang lebih tua, kurang upaya dan perempuan mengandung. Bini kau mengandung tahu pula nak marah orang lain suruh bangun kasi bini kau duduk, yang kau pula berat punggung?
  5. Memampatkan lagi keadaan yang sudah jelas macam sardin. Macam dalam Monorail lah senang cerita, bawa-bawa lah bersabar. Cuba kasi yang kat dalam monorail tu keluar dulu baru kau masuk. Ada faham?
  6. Menjerit-jerit cakap secara terbuka ditempat awam. Kau ingat ni apa? Tempat tu kau punya?
  7. Dalam lif, minta tolong tekankan lah butang Open Door tu supaya tiada yang akan tersepit. Semua duk pandang fon. Gila!
  8. Amalkan sikap dan tabiat menghargai orang lain, paling tidak ucapan terima kasih. Psikologically, itu membantu menaikkan semangat si penerima ucapan dan di masa hadapan, dia akan membantu kita lagi.
  9. Tabiat biarkan trolley di luar pasar raya, lebih-lebih lagi di kawasan parkir kereta. Memang betul ada bangla yang tolong, tapi awak kena faham. Bangla pun banyak lagi kerja dalam stor bang oii.
  10. Jenis tak menepati masa, satu masalah negara ni. Lambat kalau sejam lebih, baik tak perlu orang tunggu atau datang kerja. Balik tidur lah!
  11. Satu lagi, kurangkanlah mengadap Fon tu. Tidak perasankah kita hubungan kita dengan manusia sekeliling semakin lemah? Komunikasi antara kita semakin kelaut?
Itu sahaja daripada aku, setakat 10 itu sedikit. Kalau diperincikan lagi, aku rasa ada dekat 30 juga tabiat rakyat marhaen kini yang semakin menjadi-jadi. Elakkkan lah wahai sahabat, tak dapat 10, 9 setengah jadi la.

No comments:

Post a Comment