Harini aku nak bercerita pasal mindset. Setahu aku, ada dua jenis mindset ni. Fixed dan growth. Tentulah fixed mindset ni negatif sebab dia statik dimana performance mereka pada takat itu sahaja. Kalau dipukul suruh berubah pun diorang tetap dengan pendirian negatif diorang. Untuk growth mindset ni pula bertentangan dengan fixed mindset, mereka ini sangat berdaya saing. Lebih optimistik terhadap kerja dan aktiviti mereka serta yang lebih penting adalah mereka ingin maju lagi kehadapan. Macam aku, bekerja di plant dibawah terik mentari, agak susah untuk bercakap dengan orang yang mempunyai fixed mindset ni. Cakap la berkali-kali pun, buka la juga kitab atau regulation, masih tak dapat nak ubah pendirian orang fixed mindset ni. Tapi apakandaya, aku seorang yang mempunyai growth mindset, aku take it positively. Jika ini cabaran yang perlu aku lalui maka akan aku tabah hadapinya. Pada aku, kita semua sama cuma tahap kita mengharungi dugaan masing-masing itu berbeza. Tiada kejayaan kalau tiada kesusahan dan kepayahan. Buang attitude yang negatif, perkukuhkan nilai positif didalam diri.
No comments:
Post a Comment