Harini aku tergerak hati untuk menulis berkenaan kejatuhan ekonomi Greece. Hasil daripada pembacaan aku daripada beberapa blog dan website, aku nampak cerita ini sebenarnya mudah untuk difahami. Akan tetapi punca masalah ini sukar untuk ditangani. Korang boleh ke hidup kalau takda Maybank, RHB, CIMB, Public Bank dan bank-bank yang lain? Gaji masuk mana? ke bawa wang tunai @ cash merata? Jelas sekali semua orang akan ada kredit kad, paling koman pun debit card. Gambarajah dibawah ini menunjukkan bagaimana bank "simpan" duit kita. Sistem ini dipanggil FRS - Fractional Reserve System.
That is why orang akan cakap, tukarkan lah wang tunai korang kepada jongkong emas. Pada mereka yang masih naif dengan permainan emas, ia nampak mudah juga namun harus perlu diingat. Bukan semuanya mudah dan murah. Mampukah mereka yang berpendapatan sederhana untuk beli jongkong emas setiap masa? Kita mabil mudah contoh Gold Bar 1g. Ada pelbagai syarikat yang mengeluarkan emas 1g ni, harga juga lain-lain. Jikalau diikutkan pada harga pasaran semasa, 1g harini bernilai RM150, namun pengusaha gold bar ini pasti akan menjual 1g gold bar mereka RM153 untuk cover kos pengeluaran gold Bar tersebut. Jelas pelanggan terpaksa bayar lebih daripada yang sepatutnya mereka bayar sama seperti 10% yang diambil oleh bank untuk reserve. Secara kesimpulannya, mana-mana cabang melibatkan ekonomi dan wang ringgit ini semua berisiko dan tidak murah, youhad to pay for you to continue your daily life.
Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan sistem FRS ni, boleh view ke website Oh Media.
No comments:
Post a Comment